Free Tail- Heart 1 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, June 9, 2011

KISAH MENYENTUH HATI

sebuah kisah yang menyentuh hati tentang sebuah percintaan antara seorang gadis dan seorang jejaka..


cinta mereka berputik sudah sekian lama..tetapi masing-masing masih memilih untuk mendiamkan diri sahaja..tiap kali si gadis mempunyai kekuatan untuk mmemberitahu si jejaka pasti ada sahaja perkara yang berlaku..si jejaka ini seorang yang sangat pendiam dan kadang kala panas baran..dia juga seorang yang pemalu..manakala si gadis pula seorang yang happy go lucky tetapi mudah tersentuh hatinya..

terlalu banyak kenangan yang terkumpul antara si gadis dan si jejaka hinggakan si gadis dah mulai bimbang jika kehilangan si jejaka..si gadis akan mulai binggung jika si jejaka tiada dihadapan mata lagi..percintaan mereka bermula dengan persahabatan yang mereka sendiri cipta..mereka terlalu mesra..terlalu rapat..hinggakan kadang kala teman-teman yang lain takut untuk mendekati mereka..tapi apakah daya perhubungan mereka hanya sekadar teman tapi mesra sahaja..

kisah mereka berlanjutan sehingga ke sekolah menengah..tetapi si gadis dan si jejaka masih mahu menutup mulut masing-masing..walaupun ramai teman si gadis mahu si gadis yang memulakan perhubungan itu tetapi si gadis tidak mahu kerana si gadis takut dikatakan "perigi mencari timba"..itu adalah gelaran yang paling ditakuti si gadis..

banyak kisah yang si gadis kongsikan bersama si jejaka..pernah sekali si gadis terlepas kisah tentang kisah abang angkat si gadis kepada si jejaka..si jejaka buat-buat tak tahu supaya si gadis tidak mengetahui tentang perasaan cemburunya yang meluak-luak..si gadis sedar dengan perubahan air muka si jejaka..tetapi si gadis seperti sengaja mahu menguji si jejaka..kadang kala si jejaka senang mendengar kisah abang angkat si gadis..dengan itu si jejaka boleh melihat si gadis tersenyum..walaupun mereka sebegitu kadang kala si jejaka pernah melepaskan amarah nya kepada si gadis sehingga si gadis menangis teresak-esak..tetapi mulai dari saat itu hubungan mereka semakin rapat..

tahun berganti tahun..namun si jejaka masih mendiamkan diri..si jejaka tidak tahu bagaimana hendak memulakan kisah mereka..pernah sekali dulu si jejaka melukakan hati si gadis sehingga si gadis memilih untuk menjauhkan diri dari si jejaka..episod luka itu bermula apabila si jejaka mengatakan bahawa si jejaka menaruh hati kepada seorang gadis lain..si jejaka tidak bermaksud untuk mengecewakan si gadis tetapi si jejaka hanya mahu bergurau dan ingin melihat reaksi si gadis..tetapi apa yang dirancang si jejaka musnah..

hampir dua bulan si gadis merajuk dan berendam air mata..pernah beberapa kali si jejaka memujuk si gadis tetapi tidak berjaya..akhirnya si jejaka membeli sebuah novel kesukaan si gadis dan memberinya kepada si gadis sebagai tanda minta maaf..si gadis menerima maaf si jejaka dengan ikhlas..si gadis tahu bahawa si gadis tidak boleh berpisah dengan si jejaka..hubungan mereka kembali seperti sedia kala..kegembiraan kembali menyelubingi mereka..

pernah sekali si gadis mula tawar hati dengan si jejaka,namun itu hanya untuk sementara kerana cinta si gadis kepada si jejaka amat mendalam..kadang-kadang si gadis sedar bahawa si gadis sering diperhatikan oleh si jejaka..si jejaka pernah cuba duduk rapat-rapat dengan gadis sebagai ujian tetapi si gadis melarikan diri di tempat lain kerana si gadis tahu batas-batas pergaulan mereka..si gadis amat disenangi ramai kerana sikap peramahnya..si gadis tidak terlalu memilih untuk berkawan..si gadis akan berkawan dengan sesiapa sahaja..tidak kiralah adik-adik atau abang kakak yang ingin mengenali si gadis..

pada suatu hari,si gadis pulang bersama seorang kawan lelaki si gadis..si jejaka ternampak dan ingin menyerang kawan lelaki si gadis itu tetapi dihalang oleh kawan si jejaka itu..si jejaka tahu antara si gadis dan si jejaka tidak mempunyai sebarang ikatan apatah lagi hanya teman sahaja..memang ketika itu si jejaka terlalu marah dan terlalu cemburu..tapi si jejaka terpaksa menyabarkan diri..si jejaka tahu di mana dia di mata si gadis kerana kawan lelaki si gadis lebih segalanya daripada dirinya..

keesokan nya si jejaka bertanya kepada si gadis tentang hubungannya bersama dengan kawan lelaki si gadis itu..namun si gadis hanya menjawab sekadar teman biasa..tidak lebih pun..si jejaka terpaksa mengiyakan juga..hubungan mereka semakin renggang sejak kehadiran kawan lelaki si gadis itu..si jejaka tahu si gadis tidak suka kepada nya lagi..perasaan si gadis mungkin sudah beralih arah..tetapi tidak diketahui oleh si jejaka bahawa si gadis terlalu gusar ketika bersama dengan kawan si gadis itu..si gadis selalu teringat tentang si jejaka..

si jejaka mengambil peluang untuk menanyakan sendiri kepada kawan lelaki si gadis itu tentang hubungannya dengan si gadis..kawan lelaki si gadis menjawab bahawa dia ada menyimpan perasaan kepada si gadis..si jejaka terkejut..si jejaka tidak mahu si gadis menjadi milik orang lain..dia ingin si gadis sentiasa menjadi miliknya..si jejaka mengambil langkah drastik dengan merapatkan kembali perhubungan mereka..si jejaka takut jika hati si gadis mudah sahaja berubah..si jejaka tidak mahu itu terjadi..


umur mereka semakin meningkat remaja..perhubungan si gadis dan si jejaka tidak lah serapat dahulu..jika dahulu si gadis sering menghabiskan masa bersama si jejaka,sekarang si gadis sering menghabiskan masanya di pusat tuisyen..peperiksaan penilaian menengah rendah yang bakal mereka duduki bakal berlangsung..si jejaka dan si gadis amat bimbang jika keputusan mereka merosot..menjarakkan diri buat sementara waktu adalah satu penyeksaan buat si jejaka dan si gadis..

dua bulan berlalu,setelah peperiksaan menengah rendah mereka tamat..si jejaka ingin sekali berterus terang kepada si gadis..si jejaka tidak kisah jika si jejaka terpaksa dikatakan terlalu berterus terang..apa yang si jejaka tahu si jejaka sangat-sangat menyayangi si gadis..walaupun si jejaka sedar si gadis juga menyimpan perasaan kepadanya..si jejaka tidak mahu dikatakan terburu-buru..

namun hasrat itu terpaksa si jejaka lupakan kerana si jejaka mendapat tahu tentang satu berita yang si jejaka tahu si jejaka akan berpisah dengan si gadis untuk selamanya..si jejaka tidak mahu si gadis sendirian jika si jejaka tiada disamping si gadis..si jejaka terpaksa berpindah ke daerah lain bersama keluarganya..si jejaka rasa si jejaka tidak bisa hidup lagi tanpa si gadis disisi..

si jejaka tidak mahu si gadis bersedih dengan kepergiaannya nanti..si jejaka mengaambil keputusan untuk berdiam diri sahaja..hari berganti hari..si gadis tercari-cari si jejaka tapi tidak ditemuinya..si gadis amat terkejut dengan mendapat berita bahawa si jejaka telah berpindah..entah kemana tidak diberitahu..alangkah hancur,musnah dan luluhnya hati si gadis..si gadis menangis sepuas-puasnya di dalah kamar tidurnya..si gadis begitu kecewa dengan sikap si jejaka..sikap berdiam diri yang diambil oleh si jejaka membuat kan si gadis menderita..si gadis sering bermurung diri..hingga tidak lalu makan dibuatnya..penderitaan si gadis semakin perit apabila si jejaka menukar nombor telefon bimbitnya..

si gadis nekad mahu mencari kemana si jejaka berpindah..ramai sahabat-sahabat si jejaka tidak mengetahui kemana si jejaka berpindah..tetapi nasib si gadis baik apabila salah seorang dari sahabat si jejaka ingin memberitahu kepada si gadis kerana kasihan melihat keadaan si gadis yang tiba-tiba berubah menjadi murung..setelah mendapat alamat daripada teman si jejaka itu..si gadis ingin sekali mengirim surat kepada si jejaka..di dalam surat itu si gadis ada menanyakan mengapa si jejaka berpindah tanpa memberitahu si gadis..di dalam surat itu juga ada si gadis lampirkan sebuah puisi khas untuk si jejaka teristimewa...

lelaki,
kenapa dirimu tidak pernah memberikan diriku peluang untuk berterus terang??
kenapa dirimu pergi tanpa memberitahu diriku??
diriku begitu terseksa disaat kepergiaan mu itu..

lelaki,
di dalam siangku terasa sungguh gelap jika dirimu tiada disisi..
diriku selalu menunggu kedatangan dirimu supaya di suatu saat nanti dirimu ada didalam pelukan ku..
hanya dirimu yang bisa membuatkan diriku menjadi seperti ini..

lelaki
tidak kah kau ketahui aku amat mencintai dirimu
tolonglah dengarkan luahan hatiku ini
jika dikau tidak mahu menerima cintaku
tidak mengapa asalkan kau mengetahui hakikat hatiku sebenarnya
aku amat mencintai dirimu

si jejaka menitiskan air mata tatkala membaca surat yang dikirim oleh si gadis..si jejaka berasa amat bersalah kepada si gadis..kerana dirinya si gadis menderita..si jejaka tidak mahu itu berlaku..si jejaka ingin sekali membahagiakan hidup si gadis..tapi apakah daya si jejaka..jika dia betul-betul pergi dari hidup si gadis bermakna dia benar-benar membuatkan si gadis menderita..tidak sanggup si jejaka untuk melihat kekasih hatinya kecewa kerana dirinya..didalam sebuah buku nota kecil ada si jejaka catatkan sedikit nota"cintaku hanya untuk mu gadis,tiada pengganti bagi dirimu,aku berjanji akan mencintaimu setiap saat didalam hidupku,dan aq akan hadir disetiap hembusan nafasmu.."

cinta mereka sangat utuh sehingga badai gelora yang menimpa pun tidak akan memisahkan cinta antara mereka..bagi si gadis..si jejaka adalah cinta sejati bagi nya..bagi si jejaka pula..si gadis adalah insan yang tersangat lah sempurna walau si jejaka di beri pilihan untuk memilih emas atau belian sekalipun..hanya si gadis miliknya..


keutuhan cinta yang sempurna adalah cinta yang disemai dengan rasa dan perasaan yang ikhlas..jangan kotori cinta itu dengan tipu daya atau permainan yang akan membawa kerosakkan kepada jiwa sendiri..

sekian~~

andai dulu penderitaan yang ditanggung oleh si gadis sangat berat..
tetapi kini kebahagiaan terpancar dan teserlah..
saranghae u!!!<3 <3 <3


selamat membaca..
salam persahabatan~~

No comments:

Post a Comment